
***************************************************************************
Kita telah dikejutkan dengan pelbagai kecanggihan melalui teknologi symbian. Sebagai Contoh, bara-baru ini kita telah disajikan dengan kecanggihan DLNA, dan teknologi DLNA telah dipaparkan melalui Filem Vintage Point beberapa tahun lepas. Ada dikalangan kita berfikiran bahawa Nokia sudah ketandusan
idea, samada dari segi teknologi mahupun dari segi rupabentuk binaannya. Ada juga mengatakan Symbian 5th edition adalah merupakan Symbian One (1). Pasti ada dikalangan anda tertanya-tanya akan teknologi dan rupabentuk Symbian 2. Sedangkan sekarang, Symbian keluaran nokia saling tak tumpah rupa bentuknya antara satu sama lain. Adakah anda terbayang bagaimana rupabentuk dan teknologi Symbian 2? Saya sentiasa menyanjung tinggi akan teknologi yang ada pada symbian. Bagi saya tidak ada perkara yang mustahil pada talifon pintar symbian (kecuali nokia buat gila mengabaikan Smartphone Symbian).
Sekiranya anda bertanya mengapa Nokia?….. sebab nokia adalah merupakan pemegang saham terbesar di dalam Symbian. Saya percaya Nokia tidak buat perkara atau keputusan yang bodoh. Untuk menambahkan keyakinan para pembaca terhadap teknologi symbian, apa kata sekiranya anda tonton dengan apa yang saya paparkan ini.
Saudara pembaca sekelian, percayalah …..ini merupaka salah satu dari teknologi symbian akan datang. Walaupun talifon ini adalah merupakan prototype,…. ianya pasti akan berada dipasaran suatu ketika nanti. jangan banyak fikir… kecanggihan teknologi yang ada dalam filem James Bond, Vintage Point dan cerita bersiri CSI Miami sudah pun ada dimasa kini. TIDAK ADA PERKARA YANG MUSTAHIL PADA SMARTPHONE SYMBIAN!!!!!. SYMBIAN RULES.

Kepada para pembaca sekalian, Korang pernah terfikir tak ….. Apakah Heh…. Nokia sentiasa mengeluarkan pelbagai produk yang canggih, ranggi, dan kadangkala memeningkan kepala. kenapalah nokia tak mencipta model yang kelihatan Mudah, Flexible, dan senang cerita sebuah model yang sangat praktikal untuk digunakan? Mungkin kita tidak akan memperolehi jawaban yang tepat tentang persoalan tersebut. Tetapi apa yang kami(Komuniti Symbian Semporna) tahu, Nokia telah mempersembahkan satu konsep yang dipanggil Morph.

Unit ini telah dipamerkan di MOMA (Muzeum Of Modern Art) berdasarkan rekabentuk nanoteknologi, Best atau tidak … Nokia Morph sememangnya dikeluarkan dalam keadaan Lutsinar. Korang nak kata saya Symbian Fan Boy?… Sukahatlah…. Sebab apa yang pasti Nokia Morph adalah merupakan symbian Masa depan yang kami nanti-nantikan. Tak percaya …. Perhatikan Logo Symbian pada nokia Morph dibawah.

Nokia Dan Universiti Cambridge telahpun berpadu tenaga untuk merialisasikan symbian masa depan ini. Konsep dan rekabentuk Nokia Morph ini
juga telahpun dilancarkan di pameran Museum Of Modern Art yang bertemakan “Design and Elastic Mind”.

Melalui ulasan Pegawai Pengarah Teknologi Nokia … Dr. Bob Iannucci “Pusat kajian Nokia sedang berusaha mencari jalan untuk merekacipta semula Fungsi dan Rekabentuk talifon keluarannya. Apa yang dijanjikan kita tidak mungkin akan menemui model-model nokia seperti yang ada dipasaran sekarang.

Kini nokia sedang berusaha untuk merekacipta Device (peralatan) yang boleh dikatakan agak komplex pada harga yang rendah Berdasarkan Posting saya kali ini, adakah saudara pembaca sekalian terasa kehangatan Symbian dimasa depan? Teruskan bersama teknologi Symbian, Anda tidak akan rugi membuat pelaburan dengan Symbian.
Adakah anda masih ragu-ragu dengan masa depan Symbian?. Walaupun Nokia tidak mengeluarkan produk yang menggila ketika ini. … Sebenarnya inilah symbian yang Nokia janjikan kepada kita.
Jangan pasal Nokia Maemo/Nokia N900, … Beb Kemon……… Itu bukan Symbian, Dah memang diluar mazhab Symbian pun. Be Symbian, Stay With Symbian …. Korang takkan rugi apa-apa pun.
Advertisement
smekom….fuyooooo gilerrr ah,tak sangka tpon yang tak pernah ku pkir wujud rupanya
memang ada pun,so thanks la kepada saudara yang memberi maklumat nie ya.?ku harap apa yang saudara telah terangkan mengenai tpon symbian yang canggih dapat memberi kebaikan kepada semua orang.saya harap saudara akan lebih kerap lagi memberi maklumat dari semasa kesemasa untuk rujukan semasa,apa pun thanks banyak- banyak atas info anda…………….